Tuesday, March 31, 2009

BEAUTIFUL LESSON : LIFE IS SHORT!















The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23.
The picture was taken shortly before their wedding ceremony, held on January 11, 2005 in the US .
Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.
In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.

















In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots, Katie is going along with her wedding and took care
of every detail. The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss

















An unusual accessory at the party was the oxygen tube that Katie used throughout the ceremony and reception as well.
The other couple in the picture are Nick's parents. Excited to see their son marrying his high school sweetheart

















Katie, in her wheelchair with the oxygen tube , listening to a song from her husband and friends

















At the reception, Katie had to take a few rests. The pain did not allow her to stand for long periods



















Katie died five days after her wedding day.

Watching a woman so ill and weak getting married and with a smile on her face makes us think......
Happiness is reachable, no matter how long it lasts .
We should stop making our lives complicated.

Read more...

Thursday, March 12, 2009

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI SWAY 2009

Saya difahamkan berberapa perkara dan program telah dirangka untuk mengisi aktiviti belia St.William Tempasuk 1 untuk 2009.

Di bawah merupakan segala senarai aktiviti-akttiviti SWAY untuk 2009.

1) Latihan Koir setiap hari Sabtu

2) Perjumpaan belia (Bible Knowledge) bersama Kats.Lusiah

3) Pratikal dan belajar untuk petugas-petugas liturgi

4) Sambutan Hari Jadi setiap 3 bulan

5) Lawatan ke chapel-chapel lain

6) Travel with SWAY : Malanggang Kiulu dll

7) Belajar dan pratikal "Bertitik" ataupun mengaggung

8) Membuat T'shirt SWAY untuk tahun 2009

9) Gotong royong menceriakan kawasan gereja

10) Melakukan dan menerima kerja-kerja untuk mengumpul wang belia

11) Menjual makanan untuk menambahkan kewangan belia

12) Kem Jati Diri belia : Outbound Kinarut


Aktiviti "Bertitik" ataupun 'mengaggung'

Program ini dari pandangan saya adalah sesuatu yang baru dan sangat menarik kerana seperti yang kita sedia maklum , acara ataupun program ini dimonopoli oleh kaum tua ataupun yang agak berumur. Apa-apapun perkataan 'monopoli' tidak lah begitu sesuai,ini kerana aktiviti ini hanya orang-orang tua yang pakar.Belia-belia sekarang kurang mendapat pendedahan pratikal sepert ini. Dan jumlah yang tahu memainkan seni muzik ini adalah boleh dihitung menggunakan jari,di Kg.Tempasuk 1 pula, rasanya tiada 1 pun belia yang boleh memainkan peralatan-peralatan 'bertitik' ini dengan baik.

Mereka juga kurang disemai untuk mencintai dan meminati seni ini, di mana seni muzik tradisional ini adalah khazanah dan warisan yang harus dipelihara dan harus di warisi dari generasi ke generasi agar seni in tidak akan pupus begitu sahaja ditelan arus pembangunan oleh pelbagai elemen-elemen seni lain yang lebih kepadda arus moden.

Apa yang saya lihat, usaha ini sangat baik dan harus dilaksanakan dengan lebih giat lagi dan sokongan daripada badan-badan yang berkenaan amatlah diperlukan untuk mendidik dan mengajar serta menyemai minat para belia terhadap seni bertitik ini.

Semoga program baru ini akan melahirkan para belia yang mampu mewarisi seni muzik in dan boleh mempersembahkan persembahan di depan orang ramai.Kepada SWAY semoga anda dapat mempelajari seni ini dengan baik dan menjadi pakar agar anda semua boleh menggantikan para senior-senior yang tidak lama lagi akan pencen...heheheh...boleh bertitik di perkhawinan orang nanti, duit tu boleh masuk tabung muda mudi kan..heheh...:-) ganbatte kudasai...

Read more...

Monday, March 9, 2009

DOA KORONKA

Ahad lepas saya sempat bercerita dengan seorang rakan, juga beragama Kristian, dan topik perbualan kami agak pelbagai, dan sehingga satu topik muncul dari mulutnya mengenai suatu doa yang sudah lama dia cari-carikan. Dia pernah memiliki buku doa tersebut tetapi buku tersebut telah hilang,dan dia bertanyakan kepada saya, jikalau saya memiliki buku tersebut.Namun saya tidak tahu pun apa jenis buku dan doa tersebut.

Jadi saya cadangkan untuk mencari nya dia Internet, ternyata terdapat doa-doa tersebut, dia kelihatan agak gembira dan mula menyalin doa-doa itu.Atas dasar ingin tahu saya juga membuka laman web itu.Dengan menulis kekunci ataupun keyword di Google "Doa Koronka" saya menjumpai berberapa artikel berguna mengenai Doa Koronka.

Rakan saya itu menceritakan pengalaman-pengalamanya mengenai doa tersebut. Dia menggambarkan doa ini sebagai "bisa" dan dia telah menceritakan kesaksiannya mengamalkan doa tersebut. Di bawah adalah sedikit sebanyak yang saya perolehi mengenai Doa Koronka ini.

DOA KORONKA

Doa ini adalah Doa yang dia ajar oleh Yesus sendiri pada pada penampakan tahun 1935 kepada Sister Faustina.Doa ini dilakukan dengan menggunakan Rosari biasa, dan hendaknya di lakukan pada jam tiga petang sempena kematian Tuhan Yesus.

Cara-cara doa ini di lakukan ialah seperti berikut:

Dalam Nama Bapa ...
Bapa Kami ...
Salam Maria ...
Aku Percaya ...

Kemudian pada manik besar (Bapa Kami) didoakan: Bapa yang kekal kupersembahkan kepada-Mu, Tubuh dan Darah, Jiwa dan Ke-Illahi-an Putera-Mu terkasih Tuhan kami Yesus Kristus, sebagai pemulihan dosa-dosa kami dan dosa seluruh dunia.

Pada setiap sepuluhan manik kecil (Salam Maria) didoakan:Demi sengsara Yesus yang pedih, tunjukkanlah belaskasih-Mu kepada kami dan seluruh dunia.

Diakhiri dengan tiga kali mengucapkanAllah yang kudus, kudus dan berkuasa, kudus dan kekal, kasihanilah kami dan seluruh dunia. Amin

Dalam penampakan-penampakan selanjutnya, Yesus menjelaskan bahwa Koronka ini tidak hanya diperuntukkan baginya, melainkan bagi seluruh dunia.

“Doronglah jiwa-jiwa untuk mengamalkan Koronka yang telah Aku berikan kepadamu (1541)…. Barangsiapa mengamalkannya akan menerima rahmat berlimpah di saat kematian (67)…. Apabila koronka ini diamalkankan di hadapan seorang yang di ambang kematian, Aku akan berdiri di antara BapaKu dengan dia, bukan sebagai Hakim yang adil, melainkan sebagai Juruselamat yang Penuh Belas Kasih (1541)…. Para imam akan menganjurkannya kepada para pendosa sebagai harapan keselamatan mereka yang terakhir. Bahkan andai ada seorang pendosa yang paling keras hati sekalipun, jika ia mengamalkankan koronka ini sekali saja, ia akan menerima rahmat dari belas kasih-Ku yang tak terhingga (687)…. Aku hendak menganugerahkan rahmat-rahmat yang tak terbayangkan kepada jiwa-jiwa yang percaya kepada kerahiman-Ku (687)…. Melalui Koronka ini, engkau akan mendapatkan segala sesuatu, jika yang engkau minta itu sesuai dengan kehendak-Ku (1731).”

Koronka Kerahiman Ilahi adalah doa permohonan yang merupakan kelanjutan dari Kurban Ekaristi, jadi teristimewa tepat jika diamalkan setelah kita ikut ambil bahagian dalam Misa Kudus. Koronka dapat diamalkan bila saja, tetapi Tuhan kita secara khusus mengatakan kepada St Faustina untuk mengamalkannay selama sembilan hari berturut-turut menjelang Pesta Kerahiman Ilahi yang jatuh pada hari Minggu pertama sesudah Paskah (yaitu Minggu Paskah II). “Dengan Novena [Koronka Kerahiman Ilahi], Aku akan menganugerahkan segala rahmat yang mungkin bagi jiwa-jiwa (796).”
Tepat juga menngamalkan Koronka pada “Jam Kerahiman Ilahi” - setiap jam tiga petang, sempena mengenangkan wafat Kristus di salib.

Read more...

Monday, March 2, 2009

Kristian kahwin Islam : Kenapa orang Kristian yang harus mengalah dan masuk ke agama Islam?

Shallom semua...

Tired and boring! Banyak perkara yang merungsingkan saya sebenarnya. Beban-beban yang tidak terkira banyaknya (kerja, financial, debts dll he he he )..tapi di sini ada satu perkara hampir setiap hari saya akan fikirkan.Saya cuba untuk melupakannya begitu sahaja tapi masih tidak dapat membiarkanya dengan semudah itu.Bukannya menasihati ataupun lebih pandai dari orang lain yang lebih 'tahu' tapi sebagai kawan yang agak rapat saya tidak dapat membiarkannya begitu sahaja hanya disebabkan 'cinta' dia merancang ingin meninggalkan agama yang selama ini dianuti nya dengan taat.

Setiapkali saya terfikir, apakah yang difikirkanya dan apakah dia sanggup begitu sahaja melupakan agama kristian dan tiba-tiba mengikuti agama lain.Hati saya sedih teringat akan keinginanya untuk memasuki Islam hanya disebabkan ingin berkhawin. Memang tidak dinafikan ramai yang keluar dari Kristian dan masuk ke agama Islam, hanya kerana ingin bersama dengan bakal suami kerana ingin mendapatkan hidup yang bahagia di dunia ini yang hanya sementara. Di dunia ini semuanya sementara, bukannya kekal abadi, apabaila tiba masanya kita akan di hakimi dan saya tidak ingin orang-orang yang kita sayangi akan mendapat hukuman yang lebih berat daripada kita yang memang telah sedia berdosa.

Bukannya mengaku diri ini baik tapi memang keinginan dari hati untuk mencuba menasihati dan memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja yang sudah merancang untuk meninggalkan Kristian. Sebagai saudara Kristian dan juga kawan , sudah menjadi tugas saya untuk 'mencuba' memberi nasihat, siapa tahu nasihat ini akan memberikan dia berfikir masak-masak. Saya memang sedih dan moody sedikit setelah mendengar berberapa rakan yang merancang untuk memasuk Islam untuk berkhawin.Saya tergaman dan tidak dapat berkata apa lagi...hanya sedih :-(

Sebab saya pernah bertanya adakah perhubungan kamu itu serius?, dia mengatakan dia akan cuba untuk menarik pasanganya itu untuk meminati Kristian dan seterusnya memasuki kristian.Saya amat gembira atas rancanganya dan usaha nya itu, tetapi apa yang saya dengar dan saksikan amat menyedihkan saya...saya diajar supaya tidak cuba bercakap sombong dan jangan katakan 'tidak', 'tidak mungkin' atau 'jauh-jauh' jika saya ditanya soalan seperti berikut " Kalau kamu masuk Islam kamu mahu kah? "...sebabnya adalah agar tidak "menjilat ludah sendiri" iaitu kita telah sehabis mungkin untuk mempertahankan diri bahawa kita tidak akan sekali kali memasuki Islam....tapi soalan itu sudah lali untuk saya di sini Semenanjung Malaysia dan mana-mana sahaja.Kebanyakannya yang akan bertanya adalah rakan-rakan beragama Islam, dan dengan rendah diri saya katakan "saya amat senang dan cintai agama saya dan saya akan cuba sedaya upaya untuk kekal dengan agama ini, tetapi kalau hati saya terbuka pada Islam, kita lihat sahajalah bagaimana". Itu lah kebiasannya jawapan saya di mana saya harus juga menjaga hati mereka tanpa menyentuh sensitiviti mereka.

Hampir setiap kali saya teringat rakan-rakan ( setakat ini 4 orang) yang merancang untuk menukar agama, saya akan cuba menenangkan diri saya dengan berdoa kepada Tuhan agar mereka terus teguh dalam Kristian.Bagi diri saya , saya tidak dapat gambarkan diri saya jika saya bertukar agama. Saat-saat manis yang tercipta semasa bersama muda-mudi , bersama keluarga , jemaat2 dan semua orang yang seiman dalam Tuhan Yesus Kristus merupakan saat-saat yang paling manis dan paling berharga dalam hidup ini, dan jika saya menukar ke agama yang lain, bermakna saat saat itu akan menjadi satu kenangan yang 'begitu shj' dan semestinya saat bersama rakan-rakan seperti itu takkan berulang lagi jika berlainan agama, juga pergaulan serta makanan yang kita sukai untuk makan tidak akan kita dapat sentuh lagi...:-)

Saya mengenali seorang rakan ,in fact ramai lagi orang macam dia, di mana dia/mereka yang sudah menukar agama ke agama lain amat merindukan untuk ke gereja dan bersama belia2 yang lain untuk melakukan aktiviti2, berdoa dan membuat perkongsian.Di blog2 dan juga artikel2 di laman web saya baca juga ada yang menyatakan kerinduan mereka terhadap Tuhan Yesus., dan ada yang sudah bertukar ke agama tetapi masih ada yang pergi ke gereja secara sembunyi2 atau pun berdoa dalam nama Tuhan Yesus.

Bagi kita yang belum mengalami masalah ini, saya ingin mengajak saudara saudari agar terus bertekun dalam doa dan terus cuba menbentengi kita dengan perisai yang kuat agar tidak mudah jatuh ke dlm percobaan seperti ini.Bukan shj dalam percintaan, tetapi apa juga jenis apa juga jenis percobaan yang datang melanda kita. Saya pernah mengalami siuasi ini di mana, saya dan rakan-rakan Islam sedang melihat buku-buku yang ada , dan terdapat satu buku yang bertajuk Allah Kristian & Allah Islam (Asal ) Membuktikan kemurnian Islam...rakan saya seorang itu memanggil saya , dari jarak yang agak jauh dan menunjukkan buku itu pada saya,"awak baca ni"...dia berkata sambil tersengih-sengih...saya tidak melayannya, ke 2 kali dia datang dan membawa buku itu dan memberikan kepada saya,"Nah awak baca ni"..dia memberi saya buku itu , tetapi saya tidak mengambilnya, dan dalam masa yang sama , darah sy mula mendidih,...tetapi seperti Roh Kudus membisikan kepada saya, 'Bertenang'....jadi saya pun bertenang dan tidak mengikut emosi....

Coretan ini bukanlah untuk menyinggung mana-mana pihak dan bukan niat untuk menyakiti sesiapa pun , tetapi keinginan saya untuk menulis coretan/luahan ini datang secara tiba2 selepas balik dari kerja, dan sedang saya bermain gitar nyanyi2 senangkan hati,saya terfikir untuk menulis ini.Mungkin tulisan ini akan menenangkan hati saya bagi rakan-rakan yang ingin meninggalkan Kristian, sememangnya ianya memberi kepuasan dan juga dikira juga sebagai luahan saya. Saya mohon maaf jika coretan ini telah meninggung sesiapa, tetapi ingin saya tekankan sekali lagi isi utama coretan ini,bukan la menyinggung mana2 pihak hanyaingin memberi amaran awal iaitu Jangan Mudah mengalah jika menghadapi situasi ini,ingat saja hidup di dunia ini hanya sementara dan jangan terlalu mengejar kekayaan dan kebahagiaan yang amat sangat, kata-kata ini merupakan kata2 yang selalu diakatakan oleh salah seorang 'super senior' yang saya amat hormati dan senangi yang telah melayani belia dengan penuh kesabaran sehingga kini.Kita sediakan lah jalan kita yang lurus untuk menanti akan Dia bila tiba saatnya penghakiman itu.Will always pray for you my frens, and hope u all can figure it out what is best for you now and till the end of our time.God Bless U.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP