ANAK ANJING
Sebuah kedai haiwan peliharaan (pet store) memasang papan
iklan yang menarik hati kanak-kanak, "Anak Anjing Untuk Dijual". Dengan
segera seorang kanak-kanak lelaki datang, masuk ke dalam kedai dan bertanya
"Berapa harga anak anjing yang anda jual itu?" Pemilik kedai itu
menjawab, "Harganya diantara 30 - 60 ringgit." Anak lelaki itu lalu
menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping wang, "Saya
hanya mempunyai 3.00 ringgit, boleh kah saya melihat-lihat anak anjing yang
anda jual itu?" Pemilik kedai itu tersenyum,lalu ia bersiul memanggil
anjing-anjingnya.
Seketika kemudian dari kandang anjing munculah anjingnya
yang bernama Lady dan diikuti oleh lima ekor anak anjing. Mereka berlari-lari
di sepanjang lorong kedai itu. tetapi, terdapat satu anak anjing yang kelihatan
berlari tertinggal paling belakang. Kanak-kanak lelaki itu menunjuk pada anak
anjing yang paling terbelakang dan kelihatan cacat itu.
Kanak-kanak itu bertanya, "Kenapa dengan anak anjing itu?" Pemilik
kedai menjelaskan bahwa ketika dilahirkan anak anjing itu mempunyai kecacatan
di punggungnya, dan akan menderita cacat seumur hidupnya. Kanak-kanak lelaki
itu kelihatan gembira dan berkata, "Saya beli anak anjing yang cacat
itu." Pemilik kedai itu menjawab, "Jangan, jangan beli anak anjing
yang cacat itu. Tapi jika kau ingin memilikinya, aku akan berikan anak anjing
itu padamu." Kanak-kanak lelaki itu kelihatan kecewa.
Kanak-kanak itu merenung pemilik kedai itu dan berkata,
"Saya tak mau kau memberikan anak anjing itu secara percuma pada saya,
walaupun cacat ,anak anjing itu tetap mempunyai harga yang sama sebagaimana
anak anjing yang lain,saya akan bayar penuh harga anak anjing itu. Sekarang ini
saya hanya mempunyai 3.00 ringgit. Tetapi setiap hari saya akan akan membayar
secara ansur-ansuran sebanyak 0.50 sen sehingga terbayar harga anak anjing
itu."
Tetapi lelaki itu menolak, "Nak,janganlah membeli anak
anjing ini,dia tidak dapat lari dengan cepat,dia tidak boleh melompat dan
bermain seperti anak-anak anjing yang lain." Kanak-kanak lelaki itu
terdiam,lalu kanak-kanak itu menarik naik hujung seluar panjangnya dan
disebalik seluar itu kelihatanlah sepasang kaki yang kurang sempurna yang boleh
dikatakan cacat.
Kanak-kanak lelaki itu menatap pemilik kedai itu dan
berkata, "Tuan, saya pun tidak boleh berlari dengan cepat, saya pun tidak
boleh melompat-lompat dan bermain-main seperti kanak-kanak lelaki lain. Oleh
karena itu saya tahu, bahawa anak anjing itu memerlukann seseorang yang mahu
mengerti penderitaannya."
Pemilik kedai itu terkedu dan tersedar. Air mata menitis dari sudut matanya.
Pemilik kedai itu tersenyum dan berkata, "Saya akan berdoa setiap
hari agar anak-anak anjing ini mempunyai tuan sebaik engkau."