Showing posts with label ST.WILLIAM YOUTH MEMORIES. Show all posts
Showing posts with label ST.WILLIAM YOUTH MEMORIES. Show all posts

Saturday, May 30, 2009

Kaamatan Paroki Kota Belud 2009

Saya baru saja sampai rumah dari Kaamatan Paroki St.Edmund Kota Belud yang diadakan di Chapel St.Dominic Tambulion...memang happening la kaamatan ni kali,dari pemerhatian saya agak sempurna la kelancaran majlis kali ini.Walaupun terdapat perkara-perkara lain yang di tidak dijangkakan spt kesilapan teknik, still ok la..


Barisan para peserta Ratu Pakaian Tradisional 2009 Paroki KB

Kami sendiri dari Chapel St.William Tempasuk 1 atau pun SWAY mempunyai tugas iaitu menjadi salah satu persembahan utk gimik persembahan pembukaan.Kami telah ditugaskan untuk mempersembahkan tarian magunatip...actually ada 2 choiz bah tu, antara magunatip ataupun teater Huminodun, tp kami pilih magunatip walaupun memang susah dan perit kalo mau menari magunatip cuz mau cari bambu dia, mau prepare alat2 muzik dia, baju2 tradisional dll...tapi sebentar tadi kami dapat menpersembahkan yg terbaik la, itu pun selepas 4 kali latihan saja..sengsara jgk p hutan2 cari bambu, ssh mau dpt bambu yg btl2 khas untuk tarian magunatip ni di Kg.tempasuk 1, so kami guna ja yg bambu 'tambalang'...ok juga la..dpt jgk tepukan gemuruh..cehh


Peserta dari Chapel St.William, Pn Catherine dan Pn.Elsianna

Apa yg di highlighted untuk Kaamatan kali ini ialah Pertandingan ratu pakaian Tradisional dan juga cabutan tiket bertuah...Pertandingan Ratu Tradisional ini menarik la sebab ianya akan diperagakan seperti unduk ngadau tetapi markah lebih kepada pakaian yang lengkap,dan yang menariknya ialah peserta adalah dari kalangan ibu-ibu yang berumur 37 tahun hingga 47 tahun..best, sporting2 jugak dorang ni,...


Pemenang Ratu Pakaian Tradisional.Kiri,Pn.Elsianna No2,No1 Pn.Jovita Faustine, ketiga (kanan) Pn.Gloria Sainim

Wakil dari Kg.Tempasuk 1 ada 2 orang, kedua dua nya berumur 37 dan 38 tahun...hebat juga dorg ni,kalau mau tengok kecantikan memang dorg boleh menang,tapi mungkin nasib tidak menyebelahi mereka masa tu, tp Pn.Elsianna dapat no 2, walaupun sy expect dia dpt no 1,ok lah tu yang penting dorg2 suma ni bukannya mau menang, dorg mau meramaikan sahaja and dorg sebenarnya dipaksa oleh 'belia2'...hahah

Ok la, keseluruhannya kami memang penat dan badan melekit lekit cuz dalam dewan tu memang panas gila cuz tiada kipas dan juga dlm dewan tu gelap ja, lampu x cukup...so pic yang saya snapped pn tidak brp ok...tiket bertuah pula langsung menjadi tiket tidak bertuah,daripada RM20, teda kena langsung, belia yg lain beli hmpir RM100 pn langsung teda kena,..hadiah memang hebat la, hadiah utama PC LCD,diikuti dgn Tv,peti sejuk dll...

Read more...

Saturday, February 14, 2009

Jalan-jalan bersama S.W.A.Y

Bulan 12 merupakan bulan yang ditunggu2-tunggu oleh semua orang, tidak terkecuali saya dan juga rakan-rakan belia SWAY yang lain.Sepanjang tahun bulan 12 merupakan hari yang sangat happening dan sangat menyeronokkan kerana bulan Disember merupakan hari perkumpulan semua belia, tidak kira yang bersekolah jauh dan yang bekerja jauh semuanya balik ke kampung untuk bercuti dan yang paling penting dapat berkumpul ramai-ramai dan merancang aktiviti-aktiviti sempena cuti 'panjang' tersebut.

Bagi menfaatkan hari cuti tersebut, kami telah banyak membuat perancangan untuk memaksimumkan aktiviti yang dapat dilakukan sempena cuti panjang tersebut.Sebulan menjelang Krismas kami, para ahli-ahli SWAY telah banyak membuat cadangan untuk travel bersama SWAY, dan ada kalanya kami membuat cadangan melalui Yahoo Mesennger,'chatting bersama untuk emenentukan apa2 aktiviti yang harus dialkukan.Selain daripada itu , kami juga telah membuka Discussion di group SWAY di Laman Friendster, dan banyak maklum balas yang kami terima yang sangat memberangsangkan.

Setelah bulan 12 tiba, kebanyakannya belia SWAY telah dapat berkumpul dan kami merancang untuk melaksanakan rancangan yang telah dirancang dulu.Aktiviti bersama yang kami rancangkan ialah, Camping ke Laut Nanamun bersama dengan kanak-kanak sekolah Minggu,2 Hari 1 Malam di Laut Nanamun,Bermandi manda di Sungai Jambatan 1, Tambulion, Sehari di Karambunai Resort.Selain daripada itu, persiapan untuk Krismas kami tidak lupakan, seperti membuat aktiviti sukan SWAY, seperti Christmas Race, Sukaneka, dan lain-lain,disamping itu, belai SWAY juga berkesempatan menambah pendapatan Tabung Belia dengan bekerja di perkhawinan2 orang sebagai penyambut tetamu, menyelia bahagian makanan dan kebersihan.

Di samping kesibukan kami itu, kami juga mendapat banyak tugas untuk perayaan Krismas St.William Tempasuk 1, hampir 70% tugas telah diberikan kepada belia.Antaranya ialah AJK Persembahan, AJK Tiket Bertuah, AJK Perhiasan Pentas dan Buku Atucara, AJK Sukan, AJK Protokol,dan lain-lain.Dalam kesibukan kami dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang, kami juga agak sibuk dengan persiapan Pertandingan Koir Peringkat Paroki St.Edmund.Walaubagaimanapun, kami amat berpuas hati untuk aktiviti2 kami pada tahun ini, walaupun aktiviti utama yang kami rancang tidak terlaksana akibat masalah kewangan, iaitu jati Diri di Kem Outbound Kinarut, namun kami berasa seronok dan akan cuba untuk melaksanakan aktiviti tersebut dia masa akan datang.

Di bawah merupakan aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang Disember 2008.



Camping di Laut Nanamun, Kota Belud.(12 Dis 2008)


Aktiviti ini disertai oleh para belia,kanak-kanak sekolah minggu, dan juga ibubapa sebagai pengiring camping ini.Lebih kurang 40 orang telah menyertainya.Pelbagai aktiviti telah kami jalankan untuk kanak-kanak sekolah minggu, seperti sukaneka dan juga permainan-permainan yang lain.Para belia dan ibubapa bertugas dalam penyediaan makanan dan juga menjaga keselamatan kanak-kanak yang sedang bermandi manda di pantai.Rombongan kami bertolak dari Chapel St,William pada pukul 10 pagi dan kembali ke rumah masing-masing pada pukul 6.30 petang.Keseluruhannya sangat seronok kerana dapat berkumpul bersama.
Belia SWAY di camping site ,baru sampai...
Kanak-kanak sekolah minggu.



kelihatan sangat seronok bermandi manda.

Atas dan bawah : Para belia yang menyertai Camping ini.

Read more...

Thursday, October 9, 2008

SWAY'S MEMORIES

Di bawah merupakan aktiviti-aktiviti SWAY sepanjang 2007-2008

Haloween Party


Parti ini diadakan di dewan gereja St.William pada 25Hb 11 2007,di mana hari tersebut jugak merupakan hari pembersihan kawasan perkuburan bagi Kg.Tempasuk 1 dan Kg.Wokok Kinuta.

Para belia dengan pelbagai kostum yang menari dan tidak menarik hahahah!














Sedang kami berbual kosong, salah seorang belia membuka cerita mengenai sambutan Haloween.Semua orang kelihatan teruja untuk membuat parti ini, jadi tanpa berlengah masa lagi, persiapan terus dibuat.

Persiapan ini sekadar suka-suka dan tiada maksud lain yang bertentangan dgn ajaran Gereja.
Semua belia yang menyertai parti ini memakai kostum dan bersolek apa2 yang patut untuk
memadankan tema Haloween. Parti diadakan dengan baik dan semua belia enjoy.Juga hidangan bufet diadakan dan pertandingan Kostum terbaik juga diadakan dan di menangi oleh Cik.Hinata Momoi yang memakai kostum Ghotic Gurl.
Kepada pembaca jangan menyalah anggapkan aktiviti kami ini, ianya hanya suka-suka sahaja.Mungkin juga parti ini adalah yang pertama dan terakhir.Tapi memori ini akan diingati.Heheh

SWAY di Ladang Kelapa Sawit

Ini pula adalah aktiviti SWAY mencari duit untuk persiapan Krismas 2007. Sepanjang bulan November 2007 SWAY telah bekerja di Ladang Kelapa Sawit En.Jaujip di Kg.Botung T'suk 2.
Ahli-ahli SWAY telah bekerja sebagai penebas belukar dan memungut sawit dgn upah RM15 sehari (not bad huh?) heheh...boleh lah, lagipun time tu cuti sekola
















Jangan terkejut sepanjang bekerja tersebut, ianya telah disertai oleh pelajar UMS (naima)
dan juga cikgu Burz heheh..tamak hahah....dan juga pelajar2 sekolah . Sepanjang bekerja d sana
sangat enjoy dan seronok walaupun penat. Bersama dengan kawan2 pada masa itu menghilangkan rasa penat.

Saat yang paling dinantikan ialah makan tengah hari dan balik hahah
Semasa makan tengah hari, semua orang akan mengeluarkan bekalan masing2 yang terdiri daripelbagai maknan.Paling sedap ialah mempelam makcik kantin, tuhau dan ikan masin heheh.Nyum..nyum...Sangat seronok mendapat pengalaman seperti ini.Banyak kisah menarik dan kisah mencemaskan.

Kami berhenti kerja ermm rasanya 9hb 12..sebab sudah masanya kami mengatur persiapan Krismas SWAY.Yang pentingnya kami telah mendapat gaji...yahhhh...

Camping di laut Nanamun

Hehe ini paling famous SWAY pegi, hampir setiap minggu kami pegi. Lepas shj dari gereja
Trus kami bersiap-siap beli2 apa yang patut mau bawa pegi pantai.Tapi kami kolek2 jugak la duit minyak kenderaan kami.Lori Mr.M heheh..Thanx Mr.M n Bush


Setiap kali pegi tu tidak kurang la dlm 15 org pegi. Paling Byk pn hampir 30 org la..Best d laut Nanmun.Sesiapa yang tidak pernah pegi di sini lagi, datang la. Ini tempat mau devloper bah ni,
kalau la saya ada duit byk sy kc jd resort d sini ni.
Oya utk pengetahuan yg tidak tau heheh..di laut Nanamun juga ada Arah Yakin Show Farm, iaitu Burung Unta punya farm.Rm5 mau masuk n kalau berkesempatan boleh tunggang lagi ni binatang, selain tu ada buaya jgk.
Paling best mandi laut, lepak pantai dan jugak buat sukan tepi pantai spt main 'galah' dan foto shoot jugak buat video clips.Hehhe...Ermmm seingat saya, sdh hampir 20 kali mgkin kami pigi sini sejak tahun lalu.

Trip ke Taman Pertanian Lagud Sebrang Tenom


So far ini la tempat yang paling jauh kami pegi.Bertarikh 30hb Ogos-1hb Sept 2007, seramai 27 belia dan 5 orang dewasa telah mengikuti trip ini.Bertolak dari Chapel St.William pada pukul 9 pagi dan telah sampai ke destinasi pukul 5 petang, sbb kami naik bas yg mcm kura2..heheh..

Pelbagai aktiviti telah kami lakukan, antaranya ialah berbasikal di sekeliling taman, memancing,mengumpul cop check point (ada sijil) , aktiviti2 ronahiah dan juga riadah.Trip ini sangat bermakna dan jarang sekali kami dapat berkumpul seperti ini.Walau pun tidur dalam khemah shj mcm tempat tidur askar tapi ianya telah memberi kami pengalaman yang menarik.


Paling best skali pegi petik buah-buahan, memancing ikan dan bergumbira hehe..lagi2 sy dapat ikan paling besar.Heheh actualy sy sudah 3 kali dtg ke sini, thn 2005,2006 dan 2007.Tp mavcam mau datang sini lagi balik.

Senaman pagi "Hari Merdeka" sambil melaungkan merdeka 7 Kali

Read more...

Wednesday, October 8, 2008

SWAY IN CLOSER LOOK



What can I say about SWAY...S stands for Saint, W for William
A for Alight Y for Youth. Before this ,we known as ST.William Youth only, until we officially made the name called SWAY.

Well SWAY is a small group of St.William Chapel in Kg.Tempasuk 1 K.Belud, a Youth Group indeed.Mostly teens between 13 till 21, but there must be seniors, so i am one of them and my Friends are the seniors as adviser and monitoring them.

SWAY made their first debut as SWAY in choir at the ST.Edmund Christmas Eve Mass, 2007.Well is quite good but we'll make it better , because we still learning and searching some new ideas and great songs .


Now SWAY was leaded by a teenager, 17 years old and he's struggled to gives his best for the group.His name is Dino Roy.Well quite good but lacks of experiences and leadership is still amateur but i believe in him so we'll see.

SWAY once a very active group, they managed to make money to support their Sabah Youth Day expenditures 2008 in Ranau, they made it and, 14 Youth from SWAY sent there with their own money.They sells lots of food and looking for job that anyone needed such as cleaning up their houses or, their yard and even went to someones wedding to served peoples and washed their dishes and clears the mess.

I'm very proud of them, i wish i was there to join them, but i have my own commitment in job,and i am away from my hometown.But i still get in touch with them though, send them new songs to learn to be sang at the masses .

Now SWAY has 72 members in the web, i mean in the Friendster, but the genuine members are about 30-40 persons.Mostly students and facing a big exams i guess.

About our Church, ST.William Chapel , we're open on Sunday (ordinary mass) at 10.30am, and once a month ,Mass by Father Federick Raymond usually at 6 PM on Saturday.

Our Church address :

Chaple St.William (Near Dewan Kg.Tempasuk 1 )
Tempasuk 1
P.O.Box 05, 89157
Kota Belud Sabah.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP