Thursday, March 12, 2009

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI SWAY 2009

Saya difahamkan berberapa perkara dan program telah dirangka untuk mengisi aktiviti belia St.William Tempasuk 1 untuk 2009.

Di bawah merupakan segala senarai aktiviti-akttiviti SWAY untuk 2009.

1) Latihan Koir setiap hari Sabtu

2) Perjumpaan belia (Bible Knowledge) bersama Kats.Lusiah

3) Pratikal dan belajar untuk petugas-petugas liturgi

4) Sambutan Hari Jadi setiap 3 bulan

5) Lawatan ke chapel-chapel lain

6) Travel with SWAY : Malanggang Kiulu dll

7) Belajar dan pratikal "Bertitik" ataupun mengaggung

8) Membuat T'shirt SWAY untuk tahun 2009

9) Gotong royong menceriakan kawasan gereja

10) Melakukan dan menerima kerja-kerja untuk mengumpul wang belia

11) Menjual makanan untuk menambahkan kewangan belia

12) Kem Jati Diri belia : Outbound Kinarut


Aktiviti "Bertitik" ataupun 'mengaggung'

Program ini dari pandangan saya adalah sesuatu yang baru dan sangat menarik kerana seperti yang kita sedia maklum , acara ataupun program ini dimonopoli oleh kaum tua ataupun yang agak berumur. Apa-apapun perkataan 'monopoli' tidak lah begitu sesuai,ini kerana aktiviti ini hanya orang-orang tua yang pakar.Belia-belia sekarang kurang mendapat pendedahan pratikal sepert ini. Dan jumlah yang tahu memainkan seni muzik ini adalah boleh dihitung menggunakan jari,di Kg.Tempasuk 1 pula, rasanya tiada 1 pun belia yang boleh memainkan peralatan-peralatan 'bertitik' ini dengan baik.

Mereka juga kurang disemai untuk mencintai dan meminati seni ini, di mana seni muzik tradisional ini adalah khazanah dan warisan yang harus dipelihara dan harus di warisi dari generasi ke generasi agar seni in tidak akan pupus begitu sahaja ditelan arus pembangunan oleh pelbagai elemen-elemen seni lain yang lebih kepadda arus moden.

Apa yang saya lihat, usaha ini sangat baik dan harus dilaksanakan dengan lebih giat lagi dan sokongan daripada badan-badan yang berkenaan amatlah diperlukan untuk mendidik dan mengajar serta menyemai minat para belia terhadap seni bertitik ini.

Semoga program baru ini akan melahirkan para belia yang mampu mewarisi seni muzik in dan boleh mempersembahkan persembahan di depan orang ramai.Kepada SWAY semoga anda dapat mempelajari seni ini dengan baik dan menjadi pakar agar anda semua boleh menggantikan para senior-senior yang tidak lama lagi akan pencen...heheheh...boleh bertitik di perkhawinan orang nanti, duit tu boleh masuk tabung muda mudi kan..heheh...:-) ganbatte kudasai...

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP