Wednesday, April 22, 2009

KEMPEN TIDAK MENONTON TV SELAMA SEMINGGU?

Kempen ni adalah anjuran Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),
Menurut FOMCA, kempen tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjalankan aktiviti lebih bermanfaat bersama keluarga.

Persoalannya wajarkah kempen sedemikian diadakan? Bagaimana rasanya jika kita tidak menonton televisyen selama seminggu khususnya program berfaedah seperti berita?

Jika difikirkan sepintas lalu, kempen tersebut ada kewajarannya memandangkan tabiat menghabiskan banyak masa di hadapan televisyen terutama di kalangan generasi muda makin membimbangkan.


Malah menonton program yang sesuai menerusi televisyen bersama keluarga mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Dengan kata lain, televisyen juga mampu menjadi instrumen keharmonian.

Apa-apa pun usaha seperti ini sedikit sebanyak menunjukkan usaha FOMCA. Oleh itu siapa yang mau sertai kempen ini amat lah dialu alu kan, tapi saya tidak boleh tidak tengok tv la, hehehe...Il Ji mae dan OIAm mesti tengok....promote ckit, best cerita korea Il Jl Mae 8tv 8.30 mlm...

1 comments:

Anonymous,  April 23, 2009 at 8:46 PM  

haiyaaaa..x dpt tgk berita & bola la ne mcm.. huhuhu..ba,klu mcm tu sa tgk guna projektor jak la..x pyh guna tv..huhuhu

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP