HAL KEKHUATIRAN
Hari ini seperti biasa saya akan ke Gereja, memandangkan memang tiada aktiviti yang saya buat pada Ahad in, so saya pergi ke Gereja la.Pembacaan Injil pada hari ini adalah mengenai kekhuatiran para pengikut Yesus semasa berada di dalam perahu di danau,di mana cuaca atapun air di danau itu yang mula bergelora dan mulai memenuhi perahu itu.Pengikut-pengikut Yesus pada masa itu sangat ketakutan,manakala Yesus pula sedang tidur di bahagian bawah perahu itu, dan dikejutkan oleh pengikutnya dan mengatakan keadaan cemas mereka saat itu.Yesus berdiri dan mengherdik danau itu "Diam! Tenanglah"...maka danau dan angin itu pun reda dan air tenang semula setelah diherdik oleh Yesus.
Yesus menegur pengikut-pengikutnya, " Mengapa kamu begitu takut? Menagapa kamu tidak percaya?...Mrk 4:35-41
Jarang sekali saya ingin mengulas tentang firman ataupun apa pun sabda dari kitab suci di blog ini, kerana saya merasakan tidak layak untuk 'menberi hujah' kepada orang apalagi memgajar...tetapi sebaik mendengar Firman itu dan juga kutbah dari Paderi tadi, saya agak 'terkena' dengan firman tersebut..dan di sini saya ingin mengongsikan apa yang saya rasa boleh kita kongsikan bersama sama.
Inti yang firman tadi saya dapat rumuskan adalah mengenai 'kekhuatiran, ketakutan,kegusaran, dan apa juga istilah yang memngambarkan ketakutan dan kerisauan.Saya lebih suka istilah Kekhuatiran kerana dalam Matius 6:25-34 juga ada mengulasakan tentang kekhuatiran.
Dalam dunia nyata ini, manusia mana yang tidak ada rasa khuatir, takut ataupun risau.Mungkin ada la, orang-orang yg istimewa barangkali maksud saya yang 'mental".Pada saya , setiap hari saya akan sentiasa risau dan takut apa akan terjadi hari ini,esok, lusa dan bila-bila masa dan segala kemungkinan yang kita tidak tahu. Banyak benda yang saya risau a takutakan, hidup di sini(KL) memang banyak betul perkara2 yang perlu diambilkira.Saya selalu memikirakan keselamatan saya,pekerjaan saya,keluarga saya, masa depan saya, kawan2 saya, dan banyak lagi.
Di dalam fikiran saya pun memang banyak perkara2 negatif sedang saya fikirkan dan kadangkala membuatkan saya agak stress.Kenapala harus fikir yang bukan2 kan,pedulikan saja ,...kalau la sesenang begitu, baguslah...ini tidak,..tadi dalam LRT mau p gereja pn, ada sudah berberapa orang pakai "mask" untuk mengelakkan penyakit H1N1 yang sekarang ni merebak sudah di Malaysia, terutama sekali di KL...gerun juga ingat tu, mau saja saya pakai tu topeng juga...harap2 jangan la sampai sama kita kan, palis2.....
Khuatir jugak tu kan, duit habis pn risau jugak, mau bayar hutang, belaja diri lagi dan lain2...semuanya merisaukan,mungkin 60% kerisauan manusia sekarang ini adalah mengenai duit.Yalah,sekarang ni semua guna duit,mau kencing pn mau guna duit kan (di public toilet ja la )...ya la, dunia sekarang dikuasai dgn duit saya rasa,kalo tiada duit mula la merompak dan macam-macam...pas tu mangsa pn siapa? Manusia jugak kan....nah risau lagi....
Banyak lah yang merisaukan , cuma setiap orang kerisauan tu mungkin berbeza beza.Orang yang kaya raya pn risau jugak, risau harta dorang mau habis dan kena curi ka...org miskin pula risau apa yang mau di makan nanti dll...
Tapi apa yang saya dapat dalam firman ini telah mengajar saya jugak la,bukan saya mau katakan saya tidak risau lagi setelah mendengar firman ini, tapi setidak tidaknya kita tahu apa yang harus kita utamakan.Dalam Matius 6:31-34 sudah jelas menerangkan apa yang di utamakan ...saya suka ayat ini "Sebab itu janganlah kamu khuatir akan hari esok, kerana hari esok mempunyai kesusahahnya sendiri.Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari" Mat 6:34
Dunia ini penuh dengan kerisauan sudah....semua di sekeliling kita semuanya merisaukan,risau tu risau jugakan kan,tapi hidup tetap harus diteruskan dengan gembira dan penuh pengharapan.
0 comments:
Post a Comment