Monday, August 3, 2009

Terkejut kehadiran Tony Blair di Sabah

KOTA KINABALU 3 Ogos - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair dan isteri, Cherie hadir dalam satu majlis keagamaan di Gereja Sacred Heart di sini pada pukul 9 pagi semalam.

Kehadiran pasangan tersebut bagaimanapun tidak disedari orang ramai yang menyangka mereka adalah pelancong asing biasa yang berkunjung ke gereja itu.

Utusan Malaysia difahamkan, Blair berada di negeri ini untuk bercuti selama 10 hari dan tiba seminggu lalu.


TONY Blair (kanan) mengejutkan penduduk tempatan ketika keluar dari Gereja Sacred Heart di Kota Kinabalu, Sabah, kelmarin. - The Star

Pasangan itu akan melawat beberapa pulau di pantai timur negeri berkenaan.

Salah seorang pengunjung gereja itu yang menyedari kehadiran Blair ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong yang duduk di hadapan pasangan itu.

"Mulanya saya nampak seorang wanita mat saleh di belakang sebelah kiri dan rasa seperti mengenalinya tetapi tidak dapat ingat siapakah wanita tersebut.

"Isteri saya, Datin Dr. Lindai selepas itu dapat mengecam Tony yang berpakaian kasual tetapi masih sangsi adakah benar-benar Tony Blair atau orang lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, selepas Blair keluar dari gereja, baru beliau dapat memastikan bahawa lelaki itu benar-benar bekas Perdana Menteri Britain.

"Selepas menyedarinya, para pengunjung mula mengambil gambar dengannya dan keadaan menjadi riuh seketika, ramai yang tidak menyedarinya kerana beliau berpakaian biasa," katanya.

Courtesy of Utusan Malaysia

Hu...bangga oh Tony Blair dtg p Sabah untuk bercuti,siap p smbhyg di sacred Heart lg tu ....

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP