Wednesday, January 5, 2011

Rumusan Krismas 2010

Perayaan Krismas merupakan satu perayaan yang ditunggu tunggu umat Kristian seluruh dunia.Tidak ketinggalan bagi belia-belia St.William Kg.Tempasuk 1 ataupun lebih sinonim dipanggil SWAY .Krismas merupakan 1 perayaan yang sungguh diberkati, bukan saja atas kelahiran juruselamat manusia iaitu Tuhan Yesus, bah kan merupakan hari kesatuan.Mengapa saya katakan 'hari kestauan' adalah kerana musim ini lah para anak jati Kg.Tempasuk 1 akan balik ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan perayaan ini disamping keluarga tercinta.Masa ini lah para belia yang belajar ataupun bekerja akan berrebut-rebut mengambil cuti walaupun sekadar cuti yang pendek,tapi cuti selama seminggu cukuplah melepaskan kerinduan di kampung.

Bagi belia SWAY sendiri,seawal bulan November bahang Krismas sudah dirasai,iaitu latihan Karoling telah dimulakan,semua belia yang berkesempatan ataupun yang berpeluang untuk mengikuti latihan ini akan turut serta.Karoling tahun 2010 juga ada melibatkan pelajar-pelajar sekolah minggu yang turut sama memeriahkan lagi Karoling.Belia SWAY memulakan acara Karoling pada 6hb Disember seramai 57 orang termasuk kanak-kanak sekolah minggu.Sungguh meriah sekali,kanak-kanak yang turut serta pun kelihatan begitu 'excited' sekali.

Acara seterusnya iaitu,tradisi belia SWAY tetap diteruskan iaitu 'Travel with SWAY" dimana kami telah memilih Taman pertanian Sabah di Lagud Sebrang sebagai destanisai percutian kami.Pada 10-12 Disember SWAY seramai 37 orang rombongan telah 'memporak perandakan' taman pertanian Sabah.Percutian tersebut sangat bermakna bagi belia kami kerana disanalah terjalin silaturahim yang lebih rapat dan telah mewujudkan suasana yang sangat seronok.Rombongan tersebut selamat pergi dan balik ke Kg.tempasuk 1 walaupun terdapat sedikit halangan seperti tayar pancit dan lain-lain.

Acara karoling disambung selepas percutian tersebut sehinggalah 21hb Disember.Belia SWAY seterusnya memfokuskan kepada Perayaan Krismas 2010 Peringkat Chapel St.William, dengan menghadiri berberapa Mesyuarat.Selain itu,acara diteruskan dengan aktiviti sukanneka pada 21hb di Padang SK.Tempasuk 1,pelbagai acara telah diadakan yang melibatkan kanak-kanak, belia-belia,bapa-bapa dan ibu-ibu.Pada waktu malamnya pula, belia sibuk untuk Latihan Koir untuk di Chapel dan juga Koir di Paroki St.Edmund dimana, belia SWAY terpilih untuk mengetuai Koir untuk Christmas Eve Mass.Kali terakhir belia SWAY diundang untuk mengetuai Koir adalah pada tahun 2007.

Selama 5 hari sebelum Krismas, banyak aktiviti yang telah dilakukan oleh belia-belia SWAY antaranya ialah menghias Chapel,membersihkan chapel,menghias dewan dan juga pada malam sebelum Natal ataupun Christmas Eve,acara tradisi belia SWAY iaitu tukar-tukar hadiah wajib diadakan.Sambil-sambil menghias dewan dan berlatih bagi persembahan-persembahan untuk keesokannya nanti, inilah acara wajib belia setiap tahun.

Krismas pada 25hb Disember kali ini memang meriah,walaupun perasmi yang seharusnya merasmikan Perayaan Krismas pada tahun ini tidak dapat datang dengan alasan yang tidak diketahui oleh kami sendiri,jadi acara pada tengah hari tersebut terpaksa mula agak lewat akibat menunggu perasmi perayaan kami ini,..akhirnya tiada perasmi,tapi dunia tidak berakhir kerana acara tetap diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang lain.Buat Pertama kalinya dalam sejarah perayaan Krsiams chapel st.william,acara pada malam tersebut tamat pada 10.30 malam...kebiasannya ialah pada 7 malam ataupun paling lewat pukul 7.30 malam.Tapi malam tersebut memang happening dengan kesportingan semua umat untuk bersama-sama meraikan perayaan tersebut hingga 10.30 malam...hehe yala sebab,orang mau tunggu cabutan Tiket bertuah tu kan.

Selepas sahaja Krismas peringkat Chapel St.William, acara diteruskan dengan pergi ke open house umat yang ada,selain itu belia SWAY ada juga pergi berkelah di tepi pantai dan pergi memanncing dan pergi ke kenduri kahwin orang-orang kampung....

New Year 2011.....oh! i'm gettin old...

Tahun baru kali ini tidak diraikan seperti biasa di Chapel kerana keesokannya itu ada kenduri kahwin di rumah orang kuat Chapel St.William, manakala acara lain juga ada di tempat ahli-ahli SWAY yang lain.Jadi kami raikan New Year di rumah rakan sahaja sampai la ke subuh huhuhu.....mcm pub pn ada jugak tu rumah...tp itu sebagai party perpisahan ramai2, sebab lps ni semua pn kembali ke kerja masing-masing dan yang pergi study.....Apa-apa pun Krismas tahun ini sangat lah meriah,yang penting dpata bersama-sama dengan rakan-rakan dan keluarga....Amen.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP