Sunday, February 17, 2013

ANAK ANJING


Sebuah kedai haiwan peliharaan (pet store) memasang papan iklan yang menarik hati kanak-kanak, "Anak Anjing Untuk Dijual". Dengan segera seorang kanak-kanak lelaki datang, masuk ke dalam kedai dan bertanya "Berapa harga anak anjing yang anda jual itu?" Pemilik kedai itu menjawab, "Harganya diantara 30 - 60 ringgit." Anak lelaki itu lalu menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan beberapa keping wang, "Saya hanya mempunyai 3.00 ringgit, boleh kah saya melihat-lihat anak anjing yang anda jual itu?" Pemilik kedai itu tersenyum,lalu ia bersiul memanggil anjing-anjingnya. 



Seketika kemudian dari kandang anjing munculah anjingnya yang bernama Lady dan diikuti oleh lima ekor anak anjing. Mereka berlari-lari di sepanjang lorong kedai itu. tetapi, terdapat satu anak anjing yang kelihatan berlari tertinggal paling belakang. Kanak-kanak lelaki itu menunjuk pada anak anjing yang paling terbelakang dan kelihatan cacat itu. 


Kanak-kanak itu bertanya, "Kenapa dengan anak anjing itu?" Pemilik kedai menjelaskan bahwa ketika dilahirkan anak anjing itu mempunyai kecacatan di punggungnya, dan akan menderita cacat seumur hidupnya. Kanak-kanak lelaki itu kelihatan gembira dan berkata, "Saya beli anak anjing yang cacat itu." Pemilik kedai itu menjawab, "Jangan, jangan beli anak anjing yang cacat itu. Tapi jika kau ingin memilikinya, aku akan berikan anak anjing itu padamu." Kanak-kanak  lelaki itu kelihatan kecewa. 


Kanak-kanak itu merenung pemilik kedai itu dan berkata, "Saya tak mau kau memberikan anak anjing itu secara percuma pada saya, walaupun cacat ,anak anjing itu tetap mempunyai harga yang sama sebagaimana anak anjing yang lain,saya akan bayar penuh harga anak anjing itu. Sekarang ini saya hanya mempunyai 3.00 ringgit. Tetapi setiap hari saya akan akan membayar secara ansur-ansuran sebanyak 0.50 sen sehingga terbayar harga anak anjing itu." 

Tetapi lelaki itu menolak, "Nak,janganlah membeli anak anjing ini,dia tidak dapat lari dengan cepat,dia tidak boleh melompat dan bermain seperti anak-anak anjing yang lain." Kanak-kanak lelaki itu terdiam,lalu kanak-kanak itu menarik naik hujung seluar panjangnya dan  disebalik seluar itu kelihatanlah sepasang kaki yang kurang sempurna yang boleh dikatakan cacat. 


Kanak-kanak lelaki itu menatap pemilik kedai itu dan berkata, "Tuan, saya pun tidak boleh berlari dengan cepat, saya pun tidak boleh melompat-lompat dan bermain-main seperti kanak-kanak lelaki lain. Oleh karena itu saya tahu, bahawa anak anjing itu memerlukann seseorang yang mahu mengerti penderitaannya." 


Pemilik kedai itu terkedu dan tersedar. Air mata menitis dari sudut matanya. Pemilik kedai itu  tersenyum dan berkata, "Saya akan berdoa setiap hari agar anak-anak anjing ini mempunyai tuan sebaik engkau."




 







0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP