Saturday, February 14, 2009

Jalan-jalan bersama S.W.A.Y

Bulan 12 merupakan bulan yang ditunggu2-tunggu oleh semua orang, tidak terkecuali saya dan juga rakan-rakan belia SWAY yang lain.Sepanjang tahun bulan 12 merupakan hari yang sangat happening dan sangat menyeronokkan kerana bulan Disember merupakan hari perkumpulan semua belia, tidak kira yang bersekolah jauh dan yang bekerja jauh semuanya balik ke kampung untuk bercuti dan yang paling penting dapat berkumpul ramai-ramai dan merancang aktiviti-aktiviti sempena cuti 'panjang' tersebut.

Bagi menfaatkan hari cuti tersebut, kami telah banyak membuat perancangan untuk memaksimumkan aktiviti yang dapat dilakukan sempena cuti panjang tersebut.Sebulan menjelang Krismas kami, para ahli-ahli SWAY telah banyak membuat cadangan untuk travel bersama SWAY, dan ada kalanya kami membuat cadangan melalui Yahoo Mesennger,'chatting bersama untuk emenentukan apa2 aktiviti yang harus dialkukan.Selain daripada itu , kami juga telah membuka Discussion di group SWAY di Laman Friendster, dan banyak maklum balas yang kami terima yang sangat memberangsangkan.

Setelah bulan 12 tiba, kebanyakannya belia SWAY telah dapat berkumpul dan kami merancang untuk melaksanakan rancangan yang telah dirancang dulu.Aktiviti bersama yang kami rancangkan ialah, Camping ke Laut Nanamun bersama dengan kanak-kanak sekolah Minggu,2 Hari 1 Malam di Laut Nanamun,Bermandi manda di Sungai Jambatan 1, Tambulion, Sehari di Karambunai Resort.Selain daripada itu, persiapan untuk Krismas kami tidak lupakan, seperti membuat aktiviti sukan SWAY, seperti Christmas Race, Sukaneka, dan lain-lain,disamping itu, belai SWAY juga berkesempatan menambah pendapatan Tabung Belia dengan bekerja di perkhawinan2 orang sebagai penyambut tetamu, menyelia bahagian makanan dan kebersihan.

Di samping kesibukan kami itu, kami juga mendapat banyak tugas untuk perayaan Krismas St.William Tempasuk 1, hampir 70% tugas telah diberikan kepada belia.Antaranya ialah AJK Persembahan, AJK Tiket Bertuah, AJK Perhiasan Pentas dan Buku Atucara, AJK Sukan, AJK Protokol,dan lain-lain.Dalam kesibukan kami dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang, kami juga agak sibuk dengan persiapan Pertandingan Koir Peringkat Paroki St.Edmund.Walaubagaimanapun, kami amat berpuas hati untuk aktiviti2 kami pada tahun ini, walaupun aktiviti utama yang kami rancang tidak terlaksana akibat masalah kewangan, iaitu jati Diri di Kem Outbound Kinarut, namun kami berasa seronok dan akan cuba untuk melaksanakan aktiviti tersebut dia masa akan datang.

Di bawah merupakan aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang Disember 2008.



Camping di Laut Nanamun, Kota Belud.(12 Dis 2008)


Aktiviti ini disertai oleh para belia,kanak-kanak sekolah minggu, dan juga ibubapa sebagai pengiring camping ini.Lebih kurang 40 orang telah menyertainya.Pelbagai aktiviti telah kami jalankan untuk kanak-kanak sekolah minggu, seperti sukaneka dan juga permainan-permainan yang lain.Para belia dan ibubapa bertugas dalam penyediaan makanan dan juga menjaga keselamatan kanak-kanak yang sedang bermandi manda di pantai.Rombongan kami bertolak dari Chapel St,William pada pukul 10 pagi dan kembali ke rumah masing-masing pada pukul 6.30 petang.Keseluruhannya sangat seronok kerana dapat berkumpul bersama.
Belia SWAY di camping site ,baru sampai...
Kanak-kanak sekolah minggu.



kelihatan sangat seronok bermandi manda.

Atas dan bawah : Para belia yang menyertai Camping ini.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP