Monday, March 2, 2009

Kristian kahwin Islam : Kenapa orang Kristian yang harus mengalah dan masuk ke agama Islam?

Shallom semua...

Tired and boring! Banyak perkara yang merungsingkan saya sebenarnya. Beban-beban yang tidak terkira banyaknya (kerja, financial, debts dll he he he )..tapi di sini ada satu perkara hampir setiap hari saya akan fikirkan.Saya cuba untuk melupakannya begitu sahaja tapi masih tidak dapat membiarkanya dengan semudah itu.Bukannya menasihati ataupun lebih pandai dari orang lain yang lebih 'tahu' tapi sebagai kawan yang agak rapat saya tidak dapat membiarkannya begitu sahaja hanya disebabkan 'cinta' dia merancang ingin meninggalkan agama yang selama ini dianuti nya dengan taat.

Setiapkali saya terfikir, apakah yang difikirkanya dan apakah dia sanggup begitu sahaja melupakan agama kristian dan tiba-tiba mengikuti agama lain.Hati saya sedih teringat akan keinginanya untuk memasuki Islam hanya disebabkan ingin berkhawin. Memang tidak dinafikan ramai yang keluar dari Kristian dan masuk ke agama Islam, hanya kerana ingin bersama dengan bakal suami kerana ingin mendapatkan hidup yang bahagia di dunia ini yang hanya sementara. Di dunia ini semuanya sementara, bukannya kekal abadi, apabaila tiba masanya kita akan di hakimi dan saya tidak ingin orang-orang yang kita sayangi akan mendapat hukuman yang lebih berat daripada kita yang memang telah sedia berdosa.

Bukannya mengaku diri ini baik tapi memang keinginan dari hati untuk mencuba menasihati dan memberi kesedaran kepada sesiapa sahaja yang sudah merancang untuk meninggalkan Kristian. Sebagai saudara Kristian dan juga kawan , sudah menjadi tugas saya untuk 'mencuba' memberi nasihat, siapa tahu nasihat ini akan memberikan dia berfikir masak-masak. Saya memang sedih dan moody sedikit setelah mendengar berberapa rakan yang merancang untuk memasuk Islam untuk berkhawin.Saya tergaman dan tidak dapat berkata apa lagi...hanya sedih :-(

Sebab saya pernah bertanya adakah perhubungan kamu itu serius?, dia mengatakan dia akan cuba untuk menarik pasanganya itu untuk meminati Kristian dan seterusnya memasuki kristian.Saya amat gembira atas rancanganya dan usaha nya itu, tetapi apa yang saya dengar dan saksikan amat menyedihkan saya...saya diajar supaya tidak cuba bercakap sombong dan jangan katakan 'tidak', 'tidak mungkin' atau 'jauh-jauh' jika saya ditanya soalan seperti berikut " Kalau kamu masuk Islam kamu mahu kah? "...sebabnya adalah agar tidak "menjilat ludah sendiri" iaitu kita telah sehabis mungkin untuk mempertahankan diri bahawa kita tidak akan sekali kali memasuki Islam....tapi soalan itu sudah lali untuk saya di sini Semenanjung Malaysia dan mana-mana sahaja.Kebanyakannya yang akan bertanya adalah rakan-rakan beragama Islam, dan dengan rendah diri saya katakan "saya amat senang dan cintai agama saya dan saya akan cuba sedaya upaya untuk kekal dengan agama ini, tetapi kalau hati saya terbuka pada Islam, kita lihat sahajalah bagaimana". Itu lah kebiasannya jawapan saya di mana saya harus juga menjaga hati mereka tanpa menyentuh sensitiviti mereka.

Hampir setiap kali saya teringat rakan-rakan ( setakat ini 4 orang) yang merancang untuk menukar agama, saya akan cuba menenangkan diri saya dengan berdoa kepada Tuhan agar mereka terus teguh dalam Kristian.Bagi diri saya , saya tidak dapat gambarkan diri saya jika saya bertukar agama. Saat-saat manis yang tercipta semasa bersama muda-mudi , bersama keluarga , jemaat2 dan semua orang yang seiman dalam Tuhan Yesus Kristus merupakan saat-saat yang paling manis dan paling berharga dalam hidup ini, dan jika saya menukar ke agama yang lain, bermakna saat saat itu akan menjadi satu kenangan yang 'begitu shj' dan semestinya saat bersama rakan-rakan seperti itu takkan berulang lagi jika berlainan agama, juga pergaulan serta makanan yang kita sukai untuk makan tidak akan kita dapat sentuh lagi...:-)

Saya mengenali seorang rakan ,in fact ramai lagi orang macam dia, di mana dia/mereka yang sudah menukar agama ke agama lain amat merindukan untuk ke gereja dan bersama belia2 yang lain untuk melakukan aktiviti2, berdoa dan membuat perkongsian.Di blog2 dan juga artikel2 di laman web saya baca juga ada yang menyatakan kerinduan mereka terhadap Tuhan Yesus., dan ada yang sudah bertukar ke agama tetapi masih ada yang pergi ke gereja secara sembunyi2 atau pun berdoa dalam nama Tuhan Yesus.

Bagi kita yang belum mengalami masalah ini, saya ingin mengajak saudara saudari agar terus bertekun dalam doa dan terus cuba menbentengi kita dengan perisai yang kuat agar tidak mudah jatuh ke dlm percobaan seperti ini.Bukan shj dalam percintaan, tetapi apa juga jenis apa juga jenis percobaan yang datang melanda kita. Saya pernah mengalami siuasi ini di mana, saya dan rakan-rakan Islam sedang melihat buku-buku yang ada , dan terdapat satu buku yang bertajuk Allah Kristian & Allah Islam (Asal ) Membuktikan kemurnian Islam...rakan saya seorang itu memanggil saya , dari jarak yang agak jauh dan menunjukkan buku itu pada saya,"awak baca ni"...dia berkata sambil tersengih-sengih...saya tidak melayannya, ke 2 kali dia datang dan membawa buku itu dan memberikan kepada saya,"Nah awak baca ni"..dia memberi saya buku itu , tetapi saya tidak mengambilnya, dan dalam masa yang sama , darah sy mula mendidih,...tetapi seperti Roh Kudus membisikan kepada saya, 'Bertenang'....jadi saya pun bertenang dan tidak mengikut emosi....

Coretan ini bukanlah untuk menyinggung mana-mana pihak dan bukan niat untuk menyakiti sesiapa pun , tetapi keinginan saya untuk menulis coretan/luahan ini datang secara tiba2 selepas balik dari kerja, dan sedang saya bermain gitar nyanyi2 senangkan hati,saya terfikir untuk menulis ini.Mungkin tulisan ini akan menenangkan hati saya bagi rakan-rakan yang ingin meninggalkan Kristian, sememangnya ianya memberi kepuasan dan juga dikira juga sebagai luahan saya. Saya mohon maaf jika coretan ini telah meninggung sesiapa, tetapi ingin saya tekankan sekali lagi isi utama coretan ini,bukan la menyinggung mana2 pihak hanyaingin memberi amaran awal iaitu Jangan Mudah mengalah jika menghadapi situasi ini,ingat saja hidup di dunia ini hanya sementara dan jangan terlalu mengejar kekayaan dan kebahagiaan yang amat sangat, kata-kata ini merupakan kata2 yang selalu diakatakan oleh salah seorang 'super senior' yang saya amat hormati dan senangi yang telah melayani belia dengan penuh kesabaran sehingga kini.Kita sediakan lah jalan kita yang lurus untuk menanti akan Dia bila tiba saatnya penghakiman itu.Will always pray for you my frens, and hope u all can figure it out what is best for you now and till the end of our time.God Bless U.

5 comments:

amy angelo,  April 4, 2009 at 10:42 PM  

Jawapannya...sebab ini ialah negara yang kurang faham apa itu kebebasan beragama...huhuu
Ok lg tu kalo pasal kawin masuk islm..at least hati masih Kristian.. itu urusan dia sama Tuhan nti pada akhir zaman. Tapi kalau yg masuk islm pasal kunu2 dpt 'nur' tu bhya..
siap hina2 Kristian lg.. emm.. Semoga mereka diberkati sja la... As for us..let us always pray that our heart stays in Christ!

mrclueless,  April 6, 2009 at 7:06 AM  

Kalau negara kita ni bebas beragama, kenapa kalau Kristian masuk Islam,diterima dgn "tangan terbuka'...tp kalo Islam masuk Kristian...wah ribut o,heboh sana sini,..kenapa tidak sediakan prosedur convert to Christian dgn lbh senang spt Kristian convert to Islam yg dlm 1 hari pn selesai..kata negara yg bebas beragama..

mrclueless,  April 6, 2009 at 7:09 AM  

Oh yeah i almost forgot,Malaysia plk agama rasminya islam, so no wonder la..

Anonymous,  April 22, 2009 at 3:58 AM  

well, 4 me cinta diutamkan dari keselamatan.. psl bab kebebasan beragama tu, susa mo ckp.. makanya sblm msuk agama org,pikir2 la sedalam2nya..sng tukar susa mo brpatah balik..

Anonymous,  December 17, 2016 at 4:56 PM  

Jangan lah masuk agama orang sebab cintakan orang. Kita dalam agama sebab cintakan Tuhan. Begitu juga agama lain. So, adakah yg convert ni cintakan Tuhan agama tu, atau orang tu.

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP