Wednesday, May 6, 2009

Penyokong Arsenal gantung diri

NAIROBI - Seorang penyokong Arsenal di Kenya dikatakan menggantung dirinya ekoran kekalahan 1-3 Arsenal kepada Manchester United dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara kata polis semalam.

Suleiman Alphonso Omondi, 29, yang tinggal di Embakasi, menggantung diri dengan memakai kemeja T Arsenal lewat Selasa lepas sejurus selepas perlawanan itu.

"Kami sedang menonton perlawanan di pub Bamba 70 dan selepas Arsenal kalah, Suleiman terus meninggalkan kami sebagai tanda protes dan dia juga menangis.

"Kami tidak tahu dia akan menggantung diri sehinggalah pagi tadi ketika kami menerima laporan dan datang ke sini.

"Kami melihat mayatnya tergantung di bahagian balkoni," kata salah seorang rakan mangsa, Calvin Otieno.

Arsenal kalah 1-3 di tempat sendiri pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara, menambah kesengsaraan musim ini di mana mereka juga gagal untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana England.

Tragedi yang berkaitan dengan bola sepak sering berlaku di rantau ini di mana ramai peminat fanatik kelab-kelab England dan Eropah lebih meminati perlawanan kelab-kelab itu berbanding aksi perlawanan pasukan kebangsaan dan benua. - AFP

Courtesy of Utusan Malaysia.

Wah ni baru la, die hard fan betul,macam2 o skrg ni...

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP