Wednesday, September 21, 2011

SALIB BELIA SYD 3 KE CHAPEL ST.WILLIAM KG.TEMPASUK 1

Pada 17hb September lalu , Salib Belia (SYD 3) telah selamat tiba di Chapel St.William.
Salib tersebut dijadualkan tiba di chapel kami pada pukul 5 petang . Tetapi disebabkan ada sedikit masalah , rombongan dari Santa Maria Ratu , Bangkahak telah lewat samapi ke Chapel iaitu pada pukul 7 malam. Seawal 4.30 petang , umat telah mulai datang ke chapel untuk bersama-sama menyambut Misa Salib Belia yang dimisakan oleh Rev.Fr.Federic Ben Raymond.









Hampir seminggu persiapan telah dibuat oleh belia dan juga umat yang lain. Antara persiapan tersebut adalah mebuat pembersihan kawasan chapel, dalam dan luar chapel, merangka rancangan pada hari tersebut dan banyak lagi. Bagi belia sendiri ialah persiapan dari segi liturgi , koir , peralatan audio visual, peralatan musik, mazmur , dan macam-macam lagi, dan yang penting persiapan dari segi rohani dan jasmani untuk menyambut Tuhan Yesus yang telah bangkit dari Salib tersebut telah lama dilakukan.Pelbagai permohonan dan luahan yang telah dirancang mungkin untuk dititip di hadapan Salib terseut.





Salib SYD yang disambut itu sebenarnya meng war warkan bahawa akan ada perhimpunan besra bagi belia-belia Sabah pada tahun hadapan iaitu di Toboh , Tambunan. Persediaan awal ini diharapkan akan menyemarakkan lagi semangat para belia agar dapat menyediakan apa yang diperlukan sempena SYD 3 di Tambunan kelak.





Tepat pada pukul 7 petang , dengan ditemani hujan yang renyai-renyai , rombongan Bangkahak telah selamat tiba di chapel St.William , para belia dan umat di St.William telah sedia sepenuhnya memikul tanggungjawab selama mungkin 15 jam sebelum Salib tersebut diserahkan ke destinasi seterusnya di Chapel St.Dominic Tambulion. Salib tersebut telah disambut dengan umat yang agak banyak dan dengan iringan okestra tradisional iaitu Bertitik ataupun Mohnuntung dalam bahasa Dusunnya.




Belia dari Santa Maria Ratu , Bangkahak kelihatannya gembira dan kepuasan jelas diwajah mereka serta umat-umat dari Bangkahak. acara seterusnya ialah Misa dan sebaik sahaja Misa telah tamat , jamuan pun diadakan bagi menyambut rombongan dan juga umat St.william sendiri.

Persembahan

Acara seterusnya ialah persembahan yang dipersembahkan dari Santa Maria Ratu, Bangkahak dan seterusnya persembahan balas dari belia St.William. Tiada informasi yang memberitahu kami akan ada slot persembahan , jadi belia St.william terpaksa membuat persembahan 'terjun' iaitu membuat tarian Suamzau sahaja. Acara diteruskan dengan persembahan yang diajar dari belia St.Edmund yang hadir bersama.

Menjaga Salib

Belia yang lain datang semula ke Chapel selepas balik untuk membersihkan diri pada pukul 9.30 , bukan belia sahaja tetapi umat-umat yang lain pun turut datang. Ada yang datang semata-mata ingin berdoa di hadapan Salib tersebut untuk memanjatkan doa-doa dan permintaan. Bagi belia sendiri , aktiviti-aktiviti seperti nyanyian , belajar aksi lagu tema , dan latihan untuk persembahan juga dilakukuan. Rancangan untuk menonton wayang tidak dapat dilakukan kerana kesuntukan masa. aktiviti-aktiviti belia diberhentikan pada pukul 3.30 pagi , dan diminta untuk merehatkan diri , iaitu tidur kerana keesokan paginya Salib tersbut akan dihantar ke destinasi seterusnya.

Menghantar Salib ke Chapel St.Dominic Tambulion

Seawal 9 pagi umat telah berkumpul di chapel untuk bersama sama menghantar salib SYD 3 ke chapel St.Dominic Tambulion , seramai lebih kurang 50 orang dari rombongan St.William telah selamat sampai ke chapel St.Dominic Tambulion pada pukul 10.10 pagi , rombongan St.William disambut dengan meriah dan penuh kegembiraan oleh umat di sana. Seterusnya Misa diteruskan oleh Rev.Fr Wiandigool. Selesai sahaja misa , umat dijemput makan di Dewan chapel , dan seterusnya persembahan-persembahan dan perkongsian dilakukan. Acara di St.Dominic Tambulion selesai pada pukul 2.00 petang. Semua belia letih dan tidak cukup tidur , tetapi wajah-wajah kepuasan dan keseronokkan adalah yang terpancar.




Hidup di dunia ini ,kita tidak dapat mengelak daripada kesusahan. Seperti Tuhan Yesus yang memikul salib beliau ke Bukit Golgota. Kesusahan ataupun penat lelah belia dalam melayani Salib Belia pada hari tersebut tidak lah sia-sia begitu sahaja, kerana saya percaya Tuhan memberkati setiap peribadi yang meluangkan masa dalam melayani Salib Belia pada malam itu dan hari seterusnya , bagi saya sendiri, walaupun tidak dapat turut serta dalam persiapan seminggu tetapi jiwa dan semangat untuk membuat persiapan dan menyambut salib Belia itu di sini (tempat kerja)adalah amat berkobar-kobar dan penuh kesungguhan dan tidak sabar-sabar, kerana saya percaya Tuhan mempunyai caraNya sendiri untuk menunjukkan keberkatanNya terhadap yang bersusah payah , menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan apa jua jenis sumbangan.
Tuhan memberkati kita semua.

Jika panjang umur , kita akan berjumpa di SYD3 2012 di Tambunan. Jumpa di sanaaa.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP